.:: Highlight in 2013 ::.

Assalamualaikum w.b.t

Ya ya ya ya! New year coming soon! Bila masuk tahun baru, means aku pun dh bertambah umur satu lagi.
23. Alhamdulillah. Anak ibu dan ayah yang sentiasa membesar dgn...comel? *migrain*
Sweet 22 dh nak habis tempoh. 23 pulak, erm erm oh! Gorgeous 23. Sila mengaku ok? Haha. Dalam masa setahun ni, ada beberapa moment yang aku tak boleh lupa. The best moment ever. Tahun ni (masih 2013), banyak sgt kenangan tercipta. Penuh kasih sayang. 2013, aku takkan lupakan kau. Aku banyak berubah tahun ni. Dari segi penampilan dan penjagaan solat especially. Aku masih dalam fasa pertama perubahan ke arah yg lebih baik. In shaa Allah. Doakan yek!

Ok jom review sesatu.

1. Voluntaries Outreach 2 Vietnam (VO2V)

Ini first time program sendiri ke luar negara. Maksud aku program yg dirancang sendiri la. Bukan aku sorang, dengan Persis. Hehe. Sbb yang ke Medan aritu, aku pegi bawah universiti tp semua program kat sana dh tersedia. Aku cuma bawak perut dgn bawak diri. Haha. Program VO2V ni berlangsung dari 12 sehingga 16 Oktober 2013. Program ni tujuannya sbb nak bantu masyarakat Islam kat sana. Gerak kerja berlangsung selama 3 bulan sebelum bergerak ke sana. Macam-macam kami buat sbb nak kumpul dana. Jual kuih, basuh kereta, walk-in sponsor, call company, jumpa s/u MB. Aku cukup kagum dengan team VO2V ni. Diorang tak kenal penat. Everything diorang buat. Ada dengar keluhan, ye r, first time kot buat program g luar negara, makanya pengalaman baru nak korek, information kadang-kadang tak lengkap. But whatever we're faced in the past, give us an experience to face future. Tong tang tong tang. Alhamdulillah gerak jugak 12 Oktober tu.

Kat sana, mood aku tak berapa baik. First time, aku tak berapa nak masuk sgt. Bukan sbb aku tak suka ke ape, first, ada few problem yg buat aku sentiasa terfikir masa kat sana. Masa tu aku tak boleh profesional. Cepat emo. Haila haila. Cuba, tp tak boleh.
Second, sbbkan aku dah start busy dengan psm aku, start bukak sem tu, aku kurang gila amik tau pasal VO2V ni. Time management tak betul. So masa pergi tu, aku dibelenggu rasa bersalah sbb aku rasa mcm...usaha aku tak byk mcm mereka mereka, aku rasa mcm tak layak je nak g. Tapi aku betulkan balik niat. Allah Maha Mengetahui. Tapi sampai sana, dalam hari kedua camtu, aku ok dah.
Third, aku demam. Wei, part demam ni memang aku tak larat. Aku jenis jarang demam. Tapi kalau dah demam, satu badan rasa nak terbelah. Cuaca kat sana kurang baik. Maksud aku dari segi udara. Udara kurang bersih. So, aku dapat sakit tekak, batuk, selsema and pening. Aku kalau demam,aku adalah orang paling malas dalam dunia. Haha. Aku akan rasa nak baring je. Nak makan pun malas. *Poyo*
Tapi pape pun, niat tu penting. Kena ingat jugak, niat tak menghalalkan cara.
Masa VO2V ni, first time aku sambut raya tanpa family disisi. Cewah. Tapi serius aku rasa lain sangat. Selalu pepagi ayah aku dah potpet suh g mandi awal, siap2 g sembahyang raya an. Pastu aku duk kat dapur mengadap periuk ayam masak merah ibu. Tambah dengan kuah lodeh and sambal goreng. Laparrrrr..

Pagi raya Aidiladha kat Masjid Nekmah.

Ni masa g walk-in sponsor. Masa ni bulan puasa. Memang letih. Jalan dari kedai ke kedai mintak sponsor, memang menguji. Lagi satu, bawah panas. Kitorang 5 orang, end up buka puasa kat sini.

Ni first day, masa memula sampai. Semangat bawak banner ni kemana saje kami g. Haha

Ni masa gotong royong bersihkan masjid dgn madrasah. Madrasah kat tingkat atas.

Aku akan rindu budak kecik ni. Semua.

Pagi raya. Semangat pakai baju raya! Hehe


Ni kat post office.

Ni adik-adik yang belajar kat madrasah tu. Sempat jugak kitorng buat kelas bahasa inggeris dgn diorang. Comel!

Ni masa korban. Kau nampak tak Senah busy tu? Saje je nak tangkapgambar. Malu senah tau! Hahaha

Alhamdulillah. Program ni berjalan lancar. Banyak sangat pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. Kasih sayang, bonding kami yg semakin kuat. Terima kasih kat senior-senior yang turut join, and kepada semua team VO2V, eh mane boleh lupa mama kami, Puan Paridah. Hehe. Tahniah semua. Semoga usaha kita diberkati. Byk nak cerita pasal program ni tp nt panjang giler an entry. Hehe. Takpe, nt ioollsss update pasal ni. Hikhik

2. Pre-Graduation Dinner

Dinner ni paling bermakna buat aku. And masa dinner ni la, memacam kenangan tercipta. Dalam masa tak sampai 4 jam, kenangan paling manis aku dapat. Ni la last dinner kami kat UMP. Classmate aku giler best malam tu. Sporting abis. Tema, retro. Tapi aku tak dpt la nak pakai retronye. Aku pakai dress and shawl yang ibu buat. Shawl tu dot dot, so kira retro jugak ye dak? Haha















Nt citer panjang sikit. Haha

3. Program Semarak Ramadhan, Kundasang, Sabah.

First time ke Sabah. Best sangat. Dapat keluarga angkat yang sporting. Hari-hari dia bawak aku g jalan kot. Pusing-pusing. G kaki Gunung Kinabalu. Kaki gunung je la. Nak ke puncak tu, memang aku tak la kan. Daki Bukit Panorama pun semput cm ape je. hahaha

Suka sangat suasana dekat sana. Cuaca best. So, nanti tak payah g honeymoon jejauh. Sabah sudah. Best sgt! 
Aku tak tau bila diorang snap gambar ni. Aku tgh pot pet dekat aten masa ni kot. Hehe






Ni antara peserta program ni. Wei, ni ahli kumpulan nasyid ok. Korang tak dgr diorang menyanyi. Lelagi lagi Istikharah Cinta. Lagu feveret tu.....

4. Sukarelawan banjir

Korang mesti tau kan pasal banjir kat Kuantan aritu. Teruk jugak keadaan masa tu. Aku redha je bila ada announcement bakal putus bekalan makanan. Hehehe. So aku dgn classmate ke rumah lecturer-lecturer yang dilanda banjir. Membantu apa yang patut.




Scene hindustan dgn kak Aini. Haha





Alhamdulillah. A lot of memories created in this year. Aku akan rindu korang. Semua. Persis, classmate, roomate. Semua la. May Allah bless!

Last but not least,





Kenangan yang tercipta antara aku dan kamu, in shaa Allah, aku ingat sampai bila-bila. Semoga kamu sentiasa dalam doaku. 

Thanks for the memories. Thanks.
Bye 2013.
Ahlan wa sahlan 2014.
Semoga 2014 memberi peluang untuk kita jadi lebih baik.
Semoga 2014 memberi peluang untuk mencipta kenangan lain.
Tutup diari 2013.

Comments

Post a Comment

Popular Posts