.:: Final ::.

Assalamualaikum w.b.t. :)
Ok final~

Alhamdulillah..dah hampir sampai ke penghujung tahun dua pengajian..
Esok start FINAL!!
Sem ni agak mencabar..
Ok tu salah sendiri sbb tidur dalam kelas..
Tapi usaha itu penting kan??
So, mengalah bukan yg terbaik buat masa ini..
Usaha selagi mampu sbb..
Allah SWT tidak akan mengubah nasib hambaNYA jika hambaNYA sendiri tidak berusaha untuk mengubah nasib dirinya..


Jadi sy akan terus usaha..
Ayah sy pesan..
Walau apa pun..sentiasa cuba buat yg terbaik.. :)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Mcm mane tak nak stress??
Senyum..
Senyum disaat kamu rasa terbeban..
Senyum disaat kamu rasa berputus asa..
Senyum disaat tiada siapa disisi kamu untuk menenangkan kamu...
kerana DIA ada dengan kamu.. :)
Allah SWT itu tidak memandang kepada hasil tetapi usaha..


Supply Chain Management..
Sy selalu sgt tidur dalam kelas Prof ni..
Maaf ye Prof..
Subjek yang banyak bermain dengan theory..
Dan sy rasa xpenah sekalipun dalam kelas Prof akan concentrate..
Prof ajar bagus cuma sy je yg tak boleh menahan mata dari tertutup..haha
Setiap sem sy tidur dlm kelas..
Lebih-lebih lg dalam dewan kuliah kat blok W tu..
Teruk kan?
Sbb tu masa study week ni kena kerja keras..
Nak cover balik mana yg tertinggal masa sy duk mengorok dalam kelas tu..hehe
Actually dah 3 hari mengadap supply chain ni..hehe
Dan urat otak sy dah tergeliat dh ni..
Tapi best sbb kita tahu mcm mana nak tingkat surplus kalau design network kita bagus..
Rasa menyesal pulak sbb tidur dalam kelas kan..hehe
Tak apa..
Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya..
Allah SWT tu kan Maha Penyayang.. :)
Doakan sy dan kawan-kawan lain ye..
Esok ada dua paper..
Pagi n Petang..
Boleh! Boleh! Boleh! :)
Dikesempatan ini..
Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan diatas segala salah dan silap sy sepanjang sy bersama kalian wahai sahabat-sahabat sy..
Maaf sbb sy memang suka bercakap n bergurau..
Terima kasih for everything..
Juga ucapan semoga dapat menjawab soalan dengan baik, dipermudahkan segala urusan,diberi ketenangan dan ketelitian semasa menjawab exam..
Juga semua akan berjaya dengan cemerlang..

"Sekiranya anda diberikan kejayaan dalam apa jua perkara maka pertama sekali anda harus faham kejayaan itu bukan milik anda sebaliknya milik ALLAH, dan anda hanya di berikan kejayaan itu supaya dengan kejayaan itu anda boleh membantu orang lain untuk juga berjaya."


Fil alwakhiq redho fi imtihan..wakthoni quwati imani.. :)
-Norliza Zafira Razali-



Comments

Popular Posts