.::Sahabatku::.



Duhai sahabat..
Terima kasih kerana menjadi sahabatku..
Aku sgt bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti kamu..
Aku sgt bersyukur kerana kamu sentiasa bersamaku ketika suka dan duka…
Aku sgt bersyukur kerana kamu sgt memahami aku..
Aku sgt bersyukur kerana kamu sudi mendgr celoteh dan bebelanku..
Walaupun aku sering mengganggu waktu senggangmu..
Walaupun aku sering mengganggu masa rehatmu..
Sesungguhnya setiap kali aku mengganggumu..
Adalah kerana aku ingin mengurangkan rasa beban dalam diriku..
Selain berdoa, aku selesa berkata-kata..
Walaupun tiada kena mengena dengan masalahku pada waktu itu..


Duhai sahabat..
Terima kasih kerana menyayangiku..
Maafkan aku kerana sering tiada denganmu disaat dirimu dalam kesusahan..
Maafkan aku kerana sering mengabaikan dan melupakan dirimu..
Maafkan aku kerana sering mengecilkan hatimu dengan gurauanku..
Maafkan aku kerana tidak menepati janjiku padamu..
Maafkan aku kerana sering berjauhan denganmu..
Maafkan aku kerana sering menjengkelkan dirimu dgn sikapku..
Aku sgt sygkan kamu..
InsyaAllah dirimu sentiasa dalam hatiku..
Walaupun zahirnya aku tidak bersama kamu..
Namun doaku sentiasa bersamamu..
Aku mengalami kekangan masa utk sentiasa bersamamu…
Maafkan aku..





Duhai sahabat..
Terima kasih kerana sentiasa berada bersamaku..
Sungguh tidak terluah rasa bersyukur..
Kerana mempunyai sahabat seperti kamu..
Aku sgt tenang disaat kamu memberi nasihat kepadaku..
Aku tersedar disaat kamu memberi teguran kepadaku..
Aku tertawa disaat mndgr gurauanmu..
Aku sgt bahagia ketika kamu berada dgnku..




Duhai sahabat..
Terima kasih kerana menceriakan hari-hariku..
Aku sentiasa berharap agar persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat..
Maafkan aku kerana tidak menghargai persahabatan ini..
Maafkan aku jika aku tidak mengucapkan selamat hari lahir kepadamu..
Maafkan aku kerana tidak dapat menyambut hari lahirmu..
Rasa bersalah sentiasa ada dalam dirku..
Khuatir seandainya aku telah mengguris hati sahabatku ini..
Sesungguhnya aku sgt menyayangi persahabatan ini..
Aku memohon maaf atas segala kesilapanku kepadamu wahai sahabat..
Jika selepas ini aku tidak dapat bersamamu..
Ketika kamu didalam kesusahan..
Maafkanlah aku..
Hanya satu yg ingin aku berpesan..
“Janganlah kamu berputus asa..Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa bersama kamu..Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yg hambaNya tidak mampu tempuhi..Kerana DIA tahu kamu kuat,dia menguji kamu dengan ujian itu..Setiap apa yg berlaku adalah dengan izin Allah SWT..Dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Allah SWT sgt sygkan kamu kerana itu DIA memberi kamu keluarga kamu dan sahabat-sahabat..Percayalah hatimu akan tenang seandainya kamu redha dgn ujianNya.. ”
Aku sangat sygkan kamu wahai sahabat..
Terima kasih sekali lg..
                               Terima kasih atas segala kenangan.. 




                          
                                                                 







Sy rindukan mereka...........
 -Norliza Zafira Razali-

Comments

Popular Posts