::Allah SWT Maha Penyayang::

Assalamualaikum w.b.t..
Bila Allah SWT memberi kita ujian, bermakna DIA mahu melihat sejauh mana kita mencintaiNYA...
Aku sedang belajar untuk menjadi seorang hambaNYA yg tidak merungut..
Aku bukanlah seorang yg terlalu arif dengan agamaNYA..
Namun aku sedang mencuba utk mendalami agama suciNYA..
Saat aku sdg diuji olehNYA..
Aku sering berdoa..
Ya Allah,sesungguhnya aku redha dgn segala ujianMU..
Aku terima seandainya ini ialah balasanMU terhadapku akibat dari dosa-dosaku..
Aku redha ya Allah..
Namun aku memohon kekuatan dan petunjuk dariMU..
Alhamdulillah..
Sebaik sahaja aku berdoa..
Hatiku tenang..
Sangat tenang..
Aku belajar untuk menjadi muslimahMU yg sejati..
Betapa jahilnya aku tentang agamaMU..
Aku teringat semasa aku berseorangan dikampus..
Seorang hamba Allah telah mengingatkan aku tentang diriMU..
Ampuni aku ya Allah..
Aku sering melupakanMU..
Tatkala aku keseorangan..
Aku muhasabah diriku..
Mengenang semula apa yg aku lakukan sejak dari kecil..
Sejarah hidupku yg  berbeza dari rakan-rakanku..
Mereka tidak tahu keadaan yg sebenar..
Namun Allah  SWT Maha Mengetahui..
Allah SWT tak pernah menguji hambaNYA dgn ujian yg hambaNYA tak mampu nak hadapi..
Aku bangkit dari segala kenangan lepas..
Aku bangun dan bertekad untuk berubah..
Hidup mesti terus berjalan meskipun dgn tangisan..
Aku kuatkan hatiku..
Aku cekalkan hatiku..
Aku tempuhi segalanya seorang diri..
Aku sangat rindukan keluargaku..
Aku sangat rindukan sahabat-sahabatku..
Aku berharap mereka berada dgnku disaat itu..
Memberi kata-kata semangat..
Namun aku toleh ke kiri..
Aku toleh ke kanan..
Aku seorang..
Tiada mereka disitu..
Saat itu hatiku berkata..
Allah SWT ada denganku..
Aku melatih diriku untuk menjadi hambaNya yg kuat..
Tidak menyerah kalah sblm mencuba..
Aku hanya mengadu kepadaNYA..
Dan juga kepada seorang hambaNYA..
Namun yg mengetahui keseluruhanNYA ialah Allah SWT..
Dan aku belajar dari pengalaman..
Aku belajar untuk tidak mengadu kepada sesiapa masalahku..
Hanya kepadaNYA..
Biarlah sahabatku melihat senyuman dan gelak ketawaku..
Biarlah mereka tidak susah hati dgn diriku..
Aku tidak pernah menceritakan kepada ibu dan ayahku tentang keadaanku disini..
Aku tidak mahu mereka risau dgn keadaanku..
Biarlah aku susah disini..
Asalkan ibu dan ayahku tidak susah hati..
Aku tidak mahu menambah beban pada mereka..
Aku menangis..
Aku lapar..
Aku terluka..
Aku penat..
Segala-galanya hanya aku dan Allah SWT shj yg tahu..
DIA peneman setiaku saat susah dan senangku..
Cukuplah pengorbanan ibu dan ayahku untuk menghantar aku ke sini..
Aku hanya mampu berusaha dan menghadiahkan mereka dgn keputusanku..
Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini..
Aku sgt merindui keluargaku..
Tak terungkap dgn kata-kata apabila mndgr suara mereka..
Hanya air mata sahaja yg mampu mengalir..
Sedaya upaya aku cuba sorokkan perasaanku..
Kisah aku dan keluargaku biarlah menjd rahsia kami..
Pahit dan manis bersama keluargaku takkan pernah kami lupa..
Aku redha seandainya dia tidak dpt menerima keluargaku..
Itu bermakna jodohku bukan dgnnya..
Aku mendidik diriku menjadi seorang yg berfikiran positif..
Aku menjadi aktif dikampus..
Alhamdulillah aku terdidik dgn sendirinya tentang pengurusan masa..
Pelbagai pengalaman yg aku lalui..
Namun aku cuba sedaya upayaku agar tidak mengabaikan pelajaran..
Dan aku sentiasa mencuba yg terbaik utk melaksanakn tanggungjawabku sbg pemimpin..
Aku tidak mahu disoal kelak..
Aku tidak suka memberi alasan untuk aku mengelak dari melakukan tugasku..
Kerana aku mendidik diriku agar memberi komitmen trhadap kerjaku..
Penat,sakit,tak de mood, kelas,malas..
Itu semua tidak logik...
Allah SWT sentiasa bersamaku..
Biarlah aku penat skrg drpd aku termangu-mangu ketika interview..
Biarlah aku menangis skrg drpd aku tiada keyakinan terhdp diriku utk masa hadapn..
Bukan mudah utk menjd yg terbaik tp tidak salah utk mencuba yg terbaik..
Alhamdulillah...
Segala-galanya berjalan dgn baik..
Aku redha dgn segala ujianNYA..
Allah SWT sentiasa bersamaku..




p/s : akan disambung~ :D

Comments

Popular Posts