.:: Past is already a past. Look back just for a lesson learned. ::.

Salam Alaykum!
Alhamdulillah. Maal Hijrah datang lagi.
Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk buat amalan baik dan kesempatan nak baiki diri.
Betul tak? Betul tak? Betul tak?
I feel excited right now. Don’t know why.
Sebab Maal Hijrah. Or sebab dapat buat begedil kentang kot tadi. Hehe
Eh dah baca tak doa awal tahun dgn akhir tahun?
Meh, kita kongsi doa meh.


Baca tau! Jom tanam azam baru sempena tahun baru ni.
Baiki solat yok! Erm..improvement. Mane tau sebelum sebelum ni baca ayat Kursi je kan.
Kita improve baca surah lain pulak. Tak salah pun kalau nak baca surah yang sama je.
Tapi kalau kita improve lagi baik. Macam mana kita nak result exam kita bertambah baik, maka kita kena usaha lagi baik. Mak Jemah siang tadi bagitau, solat tu tiang agama. Macam mana kita nak buat rumah besar @ banglo, kita mesti mula dengan tiang. Lepas siap tiang, kita bangunkan sikit sikit. Ground floor, tingkat satu pastu tingkat 2 dan seterusnya.  Kecil, sederhana dan kemudian besar. Sayang Mak Jemah!


Pastu kan. Pastu kan macam kena betulkan niat je ye dak? Niat nak belajar, niat nak bekerja keras. Jangan niat untuk duniawi. Niat kerana Allah. Kan? Kan? Kita an manusia. Kalau buat salah tu, biasa r kan. Kot kot kita berubah sebab orang ke ape kan. Orang lain tak tau pun niat kita tu, kita dgn Allah je tau. Kita pun tak tau orang lain punya niat apa. Sebab manusia bukan penilai hati orang lain. Bukan jugak pemilik hati orang lain. Manusia punya hati. Hati yang dipegang oleh Allah. Hati yang dibolak balik oleh Allah. So kita kena berpegang pada Allah. Doa mintak ditetapkan hati. Jangan berpaling kepada benda benda ntah ape ke jadahnye. Yang melalaikan. Yang merugikan.


Ok pastu apa lagi? Oh. Hubungan dengan Allah kena improve jugak. Hubungan dengan manusia pun sama. Kena improve jugak. Sebab penting. Selain dengan Allah, hubungan sesama manusia kena jaga. Attitude. Diri sendiri. Ye la. Sometimes, relationship with human can help you to go through these duniawi matters smoothly. Akhirat  jugak. It do. Lagipun kita kan tak tau siapa tolong kita masa kita susah nanti. Sesiapa je kat tengah jalan tu, tetibe tolong kita masa kita jatuh ke apa ke. Orang yang tolong kita tu, Allah yang bagi pinjam. Kena ingat, semua kat dunia ni milik Allah. So, penting nak ingat yang kita tak punya apa apa pun dalam dunia ni. Semua Allah punya. Allah suruh ok jaga hubungan sesama manusia ni.


Other thing is aurah. Gegurl especially. Sekarang kan, kalau tgk fesyen, amboi memacam ada. Cakap je la nak yang mana. Semua boleh. Semua ada. Tapi satu je, kena fikir ye kengkawan semua, fesyen tu mengikut tak apa yang disyariatkan. Boleh nak berfesyen. Takde masalah. Nak pakai baldi atas kepala pastu letak bunga ke apa ke kan. Ikutlah. Yang penting tutup aurah. Cumanya, kita semua tahu dah hukum Allah dah tetapkan. Jangan main main dengan hukum Allah. Allah dah kata tak boleh tu, tak boleh. Pakai leklok ye semua. Kena beza antara wrapping dengan covering. Ada different. So sempena tahun baru, boleh improve sikit sikit. Boleh start labuhkan tudung sikit sikit. Baju pun boleh cari besar sikit, seluar pun. Ataupun kat sape sape yang dah sampai tahap pembesaran saiz pakaian, dah boleh start pakai sarung lengan and stoking. Tak la kata terus pakai tudung labuh kan, tapi kalau pakai pun ok je. Sesiapa yg berubah sikit sikit, bermula dari hati. Takpun memula mesti macam, eh hipokrit kot pakai mcm ni, hati bukan baik mana pun, luar je cover lebih. Eh, Allah lagi tahu ok mana yang terbaik. Tak semua orang tu jalan ceritanya sama. Tak semua orang tu nikmat, petunjuk, rezeki dapat yang sama. Mula-mula terpaksa, lelama in shaa Allah ikhlas. Allah bantu. Yakin.


Penat Senah bebel arini. Tetibe rasa excited. Actually ni utk saya jugak. Saya pun penah ada zaman kejahilan. Zaman zaman mengong. Zaman senget. But Alhamdulillah. Allah bagi izin saya berubah. Bukan 100%. Tapi sentiasa cuba improve. Cuba istiqamah. Bukan senang nak buang something yang dah sebati dengan diri. Bukan senang nak tinggalkan benda yang rasa dah sehidup semati. It do need sacrifice. Mula mula sekali, rasa susah dan hipokrit. Ye la. Bukan diri sendiri. And mula mula jugaklah, berubah sebab someone. Not totally someone but dia salah satu factor la nak change diri sendiri. Sekian lama, terfikir, kalau dia takde nanti, takkan aku nak stop berubah, kan? So, muhasabah balik. Betulkan niat. Berubah sebab Allah, The Almighty. Allah is Ar-Rahman Ar-Rahim. Allah is Al ‘Alim. DIA banyak bantu. Bagi semangat. Bagi jalan. Bagi kemudahan. Alhamdulillah. Doa semoga perubahan ini sentiasa diimprove dan berkekalan. Allah bagi pinjam orang orang yang awesome! Ye la. Hamba DIA sorang ni nakal. Susah nak istiqamah. DIA bagi memacam situation. Sampai la satu tahap, ok dah biasa. Mean, dah biasa buat sesuatu tu. Contoh, bila ada masalah. Allah tak bagi ada orang dekat dengan saya and Allah tak bagi saya kekuatan nak cerita kat orang. So, saya byk mengadu kat DIA. So, lelama, biasa. De masalah, bagitau DIA. Even DIA tahu apa saya nak cakap, but yet HE still listen. Sweet giler.


Tutup buku lama. Buat buku baru. Kalau buku lama kotor gara gara termasuk longkang, terbabas dalam loji, takpe. Buku baru cuba elok elok jadi kemas, indah, teratur. Boleh. Nothing imposibble. Nothing is impossible as long as Allah let it to. Kun fayakun.
Weh, happy kot. Tenang je rasa. Nak buat apa pun, letak la Allah paling atas. Kalau diberi pilihan antara Allah dengan manusia, pilihlah Allah. In shaa Allah, DIA akan bantu macam mana nak overcome dengan manusia tu. Betul. Tak caya? Cuba la. :D


Ok dah penat. Penat kot tadi duk melenyek kentang. Excited buat begedil. Masa kat UMP lg dah sibuk search resepi begedil. Alhamdulillah menjadi. Cuma rupa tu agak…..eh, rupa tak menjanjikan isi sedap kot. Hehehe. Done. Lainkali kongsi resepi begedil pulak ye. Bye!



Gambar takde kaitan. Senah sibuk je nak letak gambar. Kalau tak nak tengok, boleh scroll bebawah. Muahaha. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts