.:: Jom Bantu VO2V PERSIS ::.

Salam Alaykum.

Alhamdulillah. Ramadhan is ongoing. Hehe. Semoga semua sihat. Semoga semua dapat menjalankan ibadah puasa dgn baik. Lama tak update blog kusam ni. :P Nak bagitahu. Pasal ni. VO2V.
Ape tu?
 Voluntaries Outreach 2 Vietnam. 

PERSIS tu Pembimbing Rakan Siswa. Alhamdulillah kami semua sukarelawan.
"Komuniti Islamiah @ Vietnam" . Program ini melibatkan seramai 25 orang ahli PERSIS dan 2 pegawai psikologi Universiti Malaysia Pahang dan bertujuan untuk melakukan khidmat komuniti bersama masyarakat Islam di sana. Tumpuan tempat untuk program ini berlangsung ialah di masjid-masjid dan rumah masyarakat Islam sekitar Ho Chi Minh.
Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta yang terlibat mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat di Vietnam. In shaa Allah hubungan antara masyarakat Muslim di Vietnam dan Malaysia dapat dieratkan lagi. Ukhuwah. Penting. Program ini juga diadakan untuk membantu meringankan beban masyarakat Islam disana. In shaa Allah.
Program ini berlangsung bermula pada 2-6 September 2013.

Ok ni antara aktiviti yang akan dibuat masa kat sana nanti.

So sekarang gerak kerja sedang berjalan. Kami sedang mencari dana untuk program ini. Sponsor. Berniaga. Car wash. Kami berusaha untuk mengumpul dana bagi menjayakan program ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi bulan puasa ni. Gerak kerja masih diteruskan. Dana masih tak mencukupi. Tak boleh lupa, bulan puasa kami walk-in cari sponsor. Alhamdulillah. Sikit tapi tu rezeki. 

Kami masih lagi sedang mencari dana menerusi sponsor atau sumbangan. Kami terima sumbangan dari segi kewangan dan barangan. Kami terima apa sahaja sumbangan anda. RM 1 pun kami terima. Takpe. Bukan nilai yang penting. Hati. Ikhlas. Itu rezeki.  Kami juga sangat mengalu-alukan sumbangan peralatan solat seperti sejadah, telekung, al- Quran dan sebagainya.

In shaa Allah antara aktiviti yang akan dijalankan ialah gotong royong, menambahbaik pusat komuniti Muslim Champa dan sedekah barang makanan seperti beras, gula, tepung dan lain-lain. Ini antaranya. Ada lagi aktiviti-aktiviti lain.

Kenapa Vietnam? Malaysia banyak lagi orang susah. Alhamdulillah buat masa ni kami dah pun buat beberapa program di Malaysia. Jadi kami cuba untuk menyelami masyarakat diluar pula. Bagaimana masyarakat Islam di tempat lain survive. Islam satu dunia. 

Ini faedah penaja. In shaa Allah. Memberi dan menerima. 

Ini jugak. In shaa Allah satu majlis perasmian akan dijalankan sebelum bertolak dan para penaja akan dijemput hadir. 

Ini borang. Untuk rujukan kami. 

Boleh contact saya Norliza Zafira Razali ditalian 017-7819765 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut. Jom bantu! Semoga Ramadhan kita menjadi lebih Barakah.


Comments

Popular Posts