sy suka ini~~ ALLAH swt tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.


Seekor belalang lama terkurung dalam sebuah kotak. 
Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya selama ini, 
dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.
Dalam kegembiraan dia bertemu dengan belalang lain. 
Namun dia merasa hairan mengapa belalang itu boleh  
lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. 
Dengan kehairanan dia bertanya,
“Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi 
dan lebih jauh dariku, padahal kita tidak jauh
 berbeza dari usia mahupun ukuran tubuh?”
Belalang itu menjawabnya dengan pertanyaan,
“Dimanakah kau tinggal selama ini? 
Semua belalang yang hidup di alam bebas 
pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan.”
Saat itu si belalang baru tersedar bahawa 
selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya 
tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

                      ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. 
Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, 
kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan 
dan ada masanya dengan kesukaran. 
Individu yang tidak menilai setiap peristiwa 
dengan cahaya Al-Quran, 
gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian 
lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. 
Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia 
paling penting di dalam Al-Quran, 
di mana hanya hamba yang 
beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat.
 Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada 
kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu
 ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

                Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, 
walau apapun kesukaran yang dihadapi atau 
bagaimana ia diatasi, 
ALLAH menyediakan jalan keluar 
dan memberikan berita gembira
 buat hamba-hambaNYA yang beriman. 
Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat 
menyaksikan bahawa ALLAH 
sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan
 yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar.
 Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira 
berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba 
yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA. 

                 “...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya 
DIA akan mengadakan baginya jalan keluar 
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. 
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH 
nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
 (Surah a-Talaq: 2-3)

               ALLAH SWT tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

 surah Al-Imran ayat 1 -6
       
سُوۡرَةُ آل عِمرَانبِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ (٢) نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ (٣) مِن قَبۡلُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَ‌ۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬‌ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ۬ ذُو ٱنتِقَامٍ (٤) إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَىۡءٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٥) هُوَ ٱلَّذِى يُصَوِّرُڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ كَيۡفَ يَشَآءُ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٦)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2) Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4) Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (5) Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (6)

Comments

Popular Posts