.:: 여행 Medan, Indonesia ::.
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Dapat curi masa nak update blog. Hehe. Agak busy sbb dah dekat final. Bila waktu-waktu kritikal mcm ni, memang tak menang tangan la kot. Lagi-lagi spend a few days kat Medan aritu, so byk quiz n test sangkut tak amik lagi. Alhamdulillah dah lepas beberapa quiz n test tersebut. Ada lagi 2 quiz kena catch up. Seronok berjalan kan. Haha.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Allah bg kesempatan untuk melihat kehidupan masyarakat di tempat lain. Ok n this is my first time berjalan jauh mcm ni. Haha. Agak jakun sekejap. Tapi biasa la kan first time experience mmg mcm ni. Excited terlebih sikit.
Delegasi UMP seramai 29 org telah ke Medan, Indonesia untuk Program Tautan Budi Malaysia-Medan. Bertolak dari UMP 10 malam n naik flight 8.25 pg. And know what, kami sampai awal around pukul 1.00 ++ something. Oleh kerana tak tau nak wat apa n kebetulan perut lapar so kami makan KFC.
Trip ni sangat seronok. Team yg sporting. Ok kami ada abi dan ummi. Haha. Diorng ni ketua and penolong ketua trip kami ni.
Kami terus bertolak ke Danau Toba. Take about 3 hours journey. So dalam bas, memang semua ngorok le. Haha. Penat jgk.
Ini gambar kami sebaik sahaja sampai kat Airport Polonia, Medan.
Kami sampai Danau Toba dalam pukul 5 ptg. Letak barang, solat dan terus ke Taman Eden. Tanam pokok!
Oleh kerana hujan, kami hanya tanam 5 batang pokok sebagai simbolik. Seronok tanam pokok hujan-hujan ni. Semoga pokok tu hidup segar, elok dan sihat. Dari jauh dtg kot nak tanam pokok tu. Hehe.
Kami bersama urusetia dari USU kalau tak silap. Tak ingat dah. Maklumlah. Ada masa sy jadi auto-delete. Hehe.
Pagi hari di Danau Toba.
Oh kat sana lambat satu jam waktu di Malaysia. Tapi keadaan sama je mcm kat Malaysia. Kalau kat Malaysia, pukul 7 malam dah gelap, then kat sana pukul 6 pun gelap dah sama dengan kat Malaysia.
Sweet Memories With Them.
So kami terus bergerak ke Medan untuk program seterusnya. Ok tido lg la kan. Of course la sbb perjalanan jauh tu.
Tempat kami berteduh masa sampai kat Medan. Hehe.
Kami bersama pelajar Malaysia di USU.
Terima kasih kat mereka (pelajar Malaysia ni) sbb tolong kami. Yela kami tak biasa kot. Haha. Tak boleh lupa masa melintas jalan, kami semua menjerit. Lawak btul!
Here we are! Universitas Sumatera Utara (USU). Berjumpa dan bertukar pendapat bersama mereka. Mereka buat lab report 200 pages handwriting kot. Haha.
Delegasi UMP & USU
Lepas tu kami bergerak ke Politeknik Negeri Medan. Ok poli dia sebelah USU je. So jalan kaki je. Hehe
Diorang memang best!
Ok seterusnya tgk la gambar. Tak larat sbb mata dh separuh tutup *tipu*
Mereka Pembuli! Haha
Ehem..macam epal dah pipi aku tu. Ish.
Gambar terlalu byk. Tak dpt le nak upload semua. Esok ada test. Pray for me. :)
So good nite semua! Nanti akan diupdate lagi pasal trip ni. InsyaAllah.
If you put your trust in Allah and believe that nothing happens but without his permission, you'll see everything differently.
style lak akak liza......cantik yer amik gambar....ada bakat tu ;D
ReplyDeletegambar ni ada yg dari kamera org lain..haha..ni pinjam kamera lehan..so tq kat lehan..
Delete