.:: Mangan ::.

Assalamualaikum w.b.t

Meh kita tambah-tambah ilmu pengetahuan bersama.
Tau x ikan masak pecel?
Seeedddaaappppp sgt!
Biasanya ikan yang sedap masak pecel ni ni ikan pari or ikan keli.
Pecel ni salah satu makanan orang Jawa.
But seriously sedap sgt. Masakan ni lebih kurang mcm masak lemak cili api cuma letak air asam.
Terliur!! Tetibe terbayang ari tu mse bulan puasa makan ikan pari masak pecel ni. Daebak!
Pd yang suka memasak tu boleh la cuba2 masak ni. :)

Satu lg makanan tradisi Jawa ni Nasi Ambeng.
Biasanye nasi ambeng ni makan time kenduri. N makan dalam dulang. Terasa sangat ikatan silaturahim yg kuat sesama kami. Tetibe tringat masa kecik2 dulu. Ayah suka sangat bagi kitorng makan dalam dulang sesama adik-beradik. Even lauk xbape nak best tapi sbb makan ramai-ramai, terasa best je. haha. 
Nasi ambeng ni ni biasanya, nasi+mee goreng+ikan kering n beberapa lauk lg. Sedap2!

Nasi bontrot tau? Sila baca elok2 ye.
Nasi bontrot ni nasi kenduri ataupun nasi berkat. Masa kenduri kawin atau kenduri kesyukuran atau apa2 kenduri la. Biasanya tetamu dapat nasi bontrot. Kalau majlis perkahwinan, nasi bontrot tu dpt nasi minyak. Kalau kenduri tahlil, biasanya dpt nasi ambeng. Tapi skrg ni, jarang dh yg gunakan nasi bontrot ni. Skrg biasanye dpt gula2..hehehe

Waaa...rindu nak balik Johor!
Takpe. Cuti raya haji ni, balik umah, semua bende nak masak!haha
Rindu dapur *poyo*
Kalau raya pulak, masakan orang Jawa, ketupat nasi+kuah lodeh+sambal goreng+sambal kacang.
Tetibe terbayang masa raya aritu. Hewhew.

Kuah lodeh ni sama je dgn sayur lemak yang wat makan lontong tu. 
Sedap! Sambal goreng. Wajib ada masa raya.
Favorite sy! sambal kacang.

Bila tgk2 makanan ni, hukhuk...lapo kot! Takpe. Next week balik then masak la.hehehe
Ok semua! wes mangan.. :)

-Rezeki itu Allah bagi- 





Comments

Popular Posts