.:: Past is already a past. Look back just for a lesson learned. ::.
Salam Alaykum!
Alhamdulillah.
Maal Hijrah datang lagi.
Alhamdulillah.
Allah beri kesempatan untuk buat amalan baik dan kesempatan nak baiki diri.
Betul tak? Betul
tak? Betul tak?
I feel excited
right now. Don’t know why.
Sebab Maal
Hijrah. Or sebab dapat buat begedil kentang kot tadi. Hehe
Eh dah baca tak
doa awal tahun dgn akhir tahun?
Meh, kita kongsi
doa meh.
Baca tau! Jom
tanam azam baru sempena tahun baru ni.
Baiki solat yok!
Erm..improvement. Mane tau sebelum sebelum ni baca ayat Kursi je kan.
Kita improve
baca surah lain pulak. Tak salah pun kalau nak baca surah yang sama je.
Tapi kalau kita
improve lagi baik. Macam mana kita nak result exam kita bertambah baik, maka
kita kena usaha lagi baik. Mak Jemah siang tadi bagitau, solat tu tiang agama.
Macam mana kita nak buat rumah besar @ banglo, kita mesti mula dengan tiang.
Lepas siap tiang, kita bangunkan sikit sikit. Ground floor, tingkat satu pastu
tingkat 2 dan seterusnya. Kecil,
sederhana dan kemudian besar. Sayang Mak Jemah!
Pastu kan. Pastu
kan macam kena betulkan niat je ye dak? Niat nak belajar, niat nak bekerja
keras. Jangan niat untuk duniawi. Niat kerana Allah. Kan? Kan? Kita an manusia.
Kalau buat salah tu, biasa r kan. Kot kot kita berubah sebab orang ke ape kan.
Orang lain tak tau pun niat kita tu, kita dgn Allah je tau. Kita pun tak tau
orang lain punya niat apa. Sebab manusia bukan penilai hati orang lain. Bukan
jugak pemilik hati orang lain. Manusia punya hati. Hati yang dipegang oleh
Allah. Hati yang dibolak balik oleh Allah. So kita kena berpegang pada Allah. Doa
mintak ditetapkan hati. Jangan berpaling kepada benda benda ntah ape ke
jadahnye. Yang melalaikan. Yang merugikan.
Ok pastu apa
lagi? Oh. Hubungan dengan Allah kena improve jugak. Hubungan dengan manusia pun
sama. Kena improve jugak. Sebab penting. Selain dengan Allah, hubungan sesama
manusia kena jaga. Attitude. Diri sendiri. Ye la. Sometimes, relationship with
human can help you to go through these duniawi matters smoothly. Akhirat jugak. It do. Lagipun kita kan tak tau siapa
tolong kita masa kita susah nanti. Sesiapa je kat tengah jalan tu, tetibe
tolong kita masa kita jatuh ke apa ke. Orang yang tolong kita tu, Allah yang
bagi pinjam. Kena ingat, semua kat dunia ni milik Allah. So, penting nak ingat
yang kita tak punya apa apa pun dalam dunia ni. Semua Allah punya. Allah suruh
ok jaga hubungan sesama manusia ni.
Other thing is
aurah. Gegurl especially. Sekarang kan, kalau tgk fesyen, amboi memacam ada.
Cakap je la nak yang mana. Semua boleh. Semua ada. Tapi satu je, kena fikir ye
kengkawan semua, fesyen tu mengikut tak apa yang disyariatkan. Boleh nak
berfesyen. Takde masalah. Nak pakai baldi atas kepala pastu letak bunga ke apa
ke kan. Ikutlah. Yang penting tutup aurah. Cumanya, kita semua tahu dah hukum
Allah dah tetapkan. Jangan main main dengan hukum Allah. Allah dah kata tak
boleh tu, tak boleh. Pakai leklok ye semua. Kena beza antara wrapping dengan
covering. Ada different. So sempena tahun baru, boleh improve sikit sikit.
Boleh start labuhkan tudung sikit sikit. Baju pun boleh cari besar sikit,
seluar pun. Ataupun kat sape sape yang dah sampai tahap pembesaran saiz
pakaian, dah boleh start pakai sarung lengan and stoking. Tak la kata terus
pakai tudung labuh kan, tapi kalau pakai pun ok je. Sesiapa yg berubah sikit sikit,
bermula dari hati. Takpun memula mesti macam, eh hipokrit kot pakai mcm ni,
hati bukan baik mana pun, luar je cover lebih. Eh, Allah lagi tahu ok mana yang
terbaik. Tak semua orang tu jalan ceritanya sama. Tak semua orang tu nikmat,
petunjuk, rezeki dapat yang sama. Mula-mula terpaksa, lelama in shaa Allah
ikhlas. Allah bantu. Yakin.
Penat Senah
bebel arini. Tetibe rasa excited. Actually ni utk saya jugak. Saya pun penah
ada zaman kejahilan. Zaman zaman mengong. Zaman senget. But Alhamdulillah.
Allah bagi izin saya berubah. Bukan 100%. Tapi sentiasa cuba improve. Cuba
istiqamah. Bukan senang nak buang something yang dah sebati dengan diri. Bukan
senang nak tinggalkan benda yang rasa dah sehidup semati. It do need sacrifice.
Mula mula sekali, rasa susah dan hipokrit. Ye la. Bukan diri sendiri. And mula
mula jugaklah, berubah sebab someone. Not totally someone but dia salah satu
factor la nak change diri sendiri. Sekian lama, terfikir, kalau dia takde
nanti, takkan aku nak stop berubah, kan? So, muhasabah balik. Betulkan niat.
Berubah sebab Allah, The Almighty. Allah is Ar-Rahman Ar-Rahim. Allah is Al
‘Alim. DIA banyak bantu. Bagi semangat. Bagi jalan. Bagi kemudahan.
Alhamdulillah. Doa semoga perubahan ini sentiasa diimprove dan berkekalan.
Allah bagi pinjam orang orang yang awesome! Ye la. Hamba DIA sorang ni nakal.
Susah nak istiqamah. DIA bagi memacam situation. Sampai la satu tahap, ok dah
biasa. Mean, dah biasa buat sesuatu tu. Contoh, bila ada masalah. Allah tak
bagi ada orang dekat dengan saya and Allah tak bagi saya kekuatan nak cerita
kat orang. So, saya byk mengadu kat DIA. So, lelama, biasa. De masalah, bagitau
DIA. Even DIA tahu apa saya nak cakap, but yet HE still listen. Sweet giler.
Tutup buku lama.
Buat buku baru. Kalau buku lama kotor gara gara termasuk longkang, terbabas
dalam loji, takpe. Buku baru cuba elok elok jadi kemas, indah, teratur. Boleh.
Nothing imposibble. Nothing is impossible as long as Allah let it to. Kun
fayakun.
Weh, happy kot.
Tenang je rasa. Nak buat apa pun, letak la Allah paling atas. Kalau diberi
pilihan antara Allah dengan manusia, pilihlah Allah. In shaa Allah, DIA akan
bantu macam mana nak overcome dengan manusia tu. Betul. Tak caya? Cuba la. :D
Ok dah penat.
Penat kot tadi duk melenyek kentang. Excited buat begedil. Masa kat UMP lg dah
sibuk search resepi begedil. Alhamdulillah menjadi. Cuma rupa tu agak…..eh,
rupa tak menjanjikan isi sedap kot. Hehehe. Done. Lainkali kongsi resepi
begedil pulak ye. Bye!
Gambar takde kaitan. Senah sibuk je nak letak gambar. Kalau tak nak tengok, boleh scroll bebawah. Muahaha.
gambar aku mana?hurmmm merajuk la dgn ko.
ReplyDelete